Kalau minda sedar mempunyai hanya potensi 10% kekuatan otak tetapi minda bawah sedar mempunyai potensi 90% kekuatan akal Minda bawah sedar ini boleh diaktifkan sepenuhnya melalui olahan pernafasan secara ‘Meditasi’ agar gelombang minda menjadi tenang. Ada empat jenis tahap gelombang minda akan berlaku semasa melakukan meditasi (tafakur)
· Gelombang Beta
· Gelombang Alfa
· Gelombang Thetha
· Gelombang Delta
OLAHAN NAFAS
· Nafas Salur
· Nafas Keras
· Nafas Tahan
Firman Allah swt:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”(Al-Asr:1-3)
Maha Besar Allah yang menjadikan diri-Nya sebagai satu-satunya yang sedang melihat dan menatap setiap gerak dan langkah, mendengar sehalus apapun bisikan, mendengar degup-degup setiap jantung, dan mengalirkan setiap darah. Dialah yang tidak pernah jauh dan lalai dalam mengurus setiap makhluk yang Ia ciptakan. Ia menjadi satu-satunya Pengasih yang tiada bandingan, kerana tidak pernah membeza-bezakan pemberian-Nya kepada sesiapapun. Dialah kekasih yang tidak pernah mungkir dan rakan yang amat setia lagi membantu di semua situasi. Dialah yang menjadi matlamat dan harta yang paling bernilai.
Nabi saw bersabda:
“Bersegeralah kamu kepada kebaikan,muda sebelum datang tua, sihat sebelum datang sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup sebelum datang ajal.”
Nabi saw bersabda:
“Menuntut ilmu wajib bagi tiap-tiap orang Islam”
Firman Allah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu?(Az-Zumar:9)
Ilmu adalah cahaya ,ilmu adalah penyuluh.Tanpa ilmu manusia dalam kegelapan,manusia mudah tersesat.Justeru itu ilmu mesti mendahului amal,amal tanpa ilmu bagaikan debu yang berterbangan.Orang yang tiada ilmu mudah ditipu oleh syaitan, mereka mudah tersesat dengan manusia yang pandai bercakap, yang mempunyai kelebihan dan sebagainya.Jika kita ingin menghidupkan hati, tiada jalan lain untuk menempuhnya melainkan dengan jalan ibadah.Apabila kita mahu beribadah, kita mestilah berilmu kerana ibadah tanpa ilmu akan hancur malah penuh kerosakan.
Pendidikan itu mestilah bermula dari pembinaan rohaniah. Pembinaan insan yang hanya terhenti setakat memantapkan 'mind-setting' tidaklah tepat mengikut saranan Nabi Muhammad s.a.w. Perubahan itu perlu bermula dari dalam lubuk diri. Tafakur Ilahiyah memulakan perjalanan rohaniah insan kepada Tuhan dengan Falsafah & Methologi yang diwarisi dari kedalaman lautan khazanah para ulama.
Sesungguhnya dalam jasad anak Adam ada seketul daging, jika BAIK ia, maka BAIKlah seluruh jasad, jika FASAD (Rosak) ia, maka FASADlah seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati – (Hadith Riwayat Bukhari Muslim).
No comments:
Post a Comment