PERPUSTAKAAN





PEMBERITAHUAN
Perpustakaan ini menyimpan berbagai-bagai Khazanah Ilmu Hikmah daripada ulama Islam terdahulu. Sesiapa yang mahu mengamalkannya dengan IKHLAS dan YAKIN bolehlah mengamalkannya dengan meminta keizinan daripada Mahaguru Samson.... 017-7235095

Anda hanya perlu membuat sumbangan Ikhlas untuk Tabung Dana Dermawan.... Tabung ini bertujuan untuk membantu para peserta yang mengikuti kursus di Bengkel Metafizik Quantum Hikmah...
Sila Bank In sumbangan anda ke Akaun MAYBANK 151034647231 (SAMSON BIN SUBARI) Kemudian SMS <IJAZAH> <NAMA> <NO K/P> <SUMBANGAN> <TARIKH> <MASA> hantar ke 017-7235095

Rasulullah SAW telah bersabda "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang itu akan dibalas dengan 4 jenis pembalasan iaitu ; 
 
1 sedekah yang dibalas dengan 10x ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fa
kir miskin
1 sedekah yang dibalas dengan 70x ganda adalh sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara

 
1 sedekah yang dibalas dengan 700x ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat & teman-teman
1 sedekah yang dibalas dengan 1000x ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.










CARA MENYERAP ENERGI BINTANG


Latihan ini berfungsi untuk mendapatkan pagaran energi sinar metafisika, berlatihnya di malam hari yang tidak mendung. 

Berdiri tegak, kedua tangan direntang ke samping lurus horizontal. Telapak tangan menghadap ke depan. Mata berkonsentrasi penuh pada gugusan bintang berkilauan dilangit. 




Kemudian pejamkan mata dan bayangkan gugusan bintang tersebut. 
Bacalah Do’a Nur Nubuwwah 1x dan berdo’alah “Yaa Allah, berikanlah kepada hamba energi metafisis dari energi bintang. Berikanlah manfaat dan kebaikan yang banyak untuk hamba, amiin".



Tarik dan tahanlah nafas selama mungkin. Banyangkan dan rasakan kemilau gugusan bintang tersebut memancarkan sinar putih yang menyelimuti tubuh anda yang semakin menebal. 

Dalam hati membaca Yaa Allah Yaa Lathif sebanyak-banyak nya.  Jika tubuh bergetar dan panas, lepaskan nafas sambil membayangkan memutus pancaran sinar tersebut. Dan tubuh anda berkilauan....





CARA MENYERAP ENERGI AWAN

Duduk , konsentrasi kemudian tarik nafas halus panjang sambil mengangkat tangan ke atas menyamping kanan kiri, kedua telapak tangan menghadap ke atas kesamping. 




Bacalah Do’a Nur Nubuwwah 1x dan berdo’alah “Yaa Allah, berikanlah kepada hamba energi metafisis dari energi matahari. Berikanlah manfaat dan kebaikanyang banyak untuk hamba, amiin".




Tarik dan tahanlah nafas selama mungkin. Banyangkan dan rasakan bahwa telapak tangan anda sedang menyentuh awan yang halus-lembut dan rasakan resapan energinya.. 

Dalam hati membaca Yaa Allah Yaa Lathif sebanyak-banyak nya lalu lepaskan nafas anda. Ulangi sebanyak yang anda inginkan.




CARA MENYERAP ENERGI BUMI

Usahakan memakai celana pendek saja dan duduk menyentuh tanah langsung, tempelkan pergelangan tangan pada lutut masing-masing dengan telapak menghadap kebawah. Atur konsentrasi. Tarik nafas pelan dan panjang, lalu simpan di bawah perut. 




Bacalah Do’a Nur Nubuwwah 1x dan berdo’alah “Yaa Allah, berikanlah kepada hamba energi metafisis dari energi matahari. Berikanlah manfaat dan kebaikan yang banyak untuk hamba, amiin “






Tarik dan tahanlah nafas selama mungkin. Banyangkan dan rasakan adanya energi yang masuk melalui telapak tangan dan getaran halus-panas merasuk dalam tubuh melalui telapak tangan. 

Dalam hati membaca Yaa Allah Yaa Lathif sebanyak-banyak nya lalu lepaskan nafas anda. Ulangi sebanyak yang anda inginkan.



CARA MENYERAP ENERGI MATAHARI

Penyerapan energi matahari ini sebaiknya anda kerjakan mulai pukul 06:00, batas waktu yang baik adalah pukul 08:00, selama 20 atau 30 menit.

Duduklah tangan kiri ditekuk di atasa, telapak tangan menghadap kedepan. Tangan kanan menghadap matahari . mataterpejam, atur konsentrasi. Tarik nafas pelandan panjang, lalu simpan di bawah perut. 




Bacalah Do’a Nur Nubuwwah 1x dan berdo’alah “Yaa Allah, berikanlah kepada hamba energi metafisis dari energi matahari. Berikanlah manfaat dan kebaikan yang banyak untuk hamba, amiin ".






Tarik dan tahanlah nafas selama mungkin. Banyangkan dan rasakan adanya energi yang masuk melalui telapak tangan kiri dan getaran halus-panas merasuk dalam tubuh melalui telapak tangan kanan. 

Bayangkan pancaran sinar kuning merasuk dalam tubuh anda membakar kotoran dan baksil-baksil penyakit. 

Dalam hati membaca Yaa Allah Yaa Lathif sebanyak-banyak nya lalu lepaskan nafas anda. Ulangi sebanyak yang anda inginkan.




CARA MENYERAP ENERGI AIR

Banyak diantara pendekar jawa yang waskita melakukan laku kungkum (berendam dalam air) untuk mendapatkan kesaktian.

Dibalik itu semua ternyata air memiliki daya energi yang dapat kita serap sebagai energi tambahan.

Berendamlah dalam suangai atau sendang,duduklah pada batu di dasarnya sampai sebatas leher. Pejamkan mata, atur nafas dan konsentrasi. Tarik nafas halus dan panjang kemudian tahan sekuatnya di perut.




Bacalah Do’a Nur Nubuwwah 1x dan berdo’alah “Yaa Allah, berikanlah kepada hamba energi metafisis dari energi. Berikanlah manfaat dan kebaikan yang banyak untuk hamba, amiin “.






Banyangkan dan rasakan adanya energi yang masuk. Dalam hati membaca Yaa Allah Yaa Lathif sebanyak-banyak nya. Ulangi sebanyak yang anda inginkan



LATIHAN TENAGA ROHANI
“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsia nya. (Hadith)
Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat (4) bahagian:
1.      Mengenal secara Taqlid – Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.
2.      Mengenal secara Ilmu Yakin - Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.
3.      Mengenal secara Ainul Yakin - Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)
4.      Mengenal secara Haqqul Yakin - Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.
Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Tuhan sentiasa melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhan di mana sahaja kita berada,Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada.Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku masaalah.Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja.Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka.Na’uzubiLahi min dzalik.

Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.

“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu.” (Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
KAEDAH MENGINGATI SESUATU

Caranya;

1.      Duduk dalam keadaan tenang sambil melakukan nafas salur
2.      Niatkan perkara yang ingin diingatkan seperti “ aku ingin supaya apa yang aku baru pelajari ini ingat dalam fikiran ku sampai bila-bila”

3.      Gambarkan semula setiap perkara yang telah ditunjuk ajar oleh guru... apa perkataannya penting yang perlu diingati dalam pelajaran yang baru dipelajari.

4.   Kemudian tutupkan minda dengan membaca selawat di dalam hati sambil mengambarkan tulisan selawat tersebut.

5.      Fikiran bawah sedar akan menerima isyarat gelombang tersebut dan menyimpannya.
6.      Sekerinya anda terlupa dan perlu mengingat kembali perkara tersebut. maka anda hanya perlu membuka minda bawah sedar tersebut dengan selawat dan biarkan gelombang itu member isyarat kepada otak dan anda akan segera teringat perkara tersebut dengan tiba-tiba.

KAEDAH PETUNJUK DARI MIMPI

Caranya;

1.      Sebelum anda tidur sebaik-baiknya berwuduk dan melakukan solat hajat.
2.    Kemudian niat dalam hati; “ Ya Allah Ya Tuhanku, aku minta kepada mu agar Engkau berikan petunjuk kepada ku dalam perkara ini”

3.      Gambarkan apa perkara atau masalah yang ingin dihuraikan melalui mimpi secara jelas
.
4.      Tidurlah sambil berzikir di dalam hati “Ya Khabir” sebanyak-banyaknya sehingga anda tertidur.
5.      Insya’Allah anda akan mendapat mimpi yang benar sebagai petunjuk dari Tuhan

KAEDAH BELADIRI

Caranya;

1.      Niatkan dalam hati apa yang anda inginkan sebagai saranan.

2.      Aturkan olahan nafas yang sesuai berserta dengan zikir dan doa mengikut keperluan.

3.      Gambarkan dalam fikiran dengan jelas bahawa perkara yang anda inginkan itu sudah pun menjadi kenyataan

4.      Lakukan segera apa yang anda inginkan dengan semangat dan keyakinan.

5.    Gelombang minda bawah sedar akan mengerakkan getaran kepada tubuh fizikal anda untuk melaksanakan perkara yang anda inginkan secara tindakan yang luarbiasa.




KAEDAH MENGAKTIFKAN MINDA BAWAH SEDAR


Bermulanya teknik ini adalah dengan perhubungan antara minda sedar ( CM) membuat arahan kepada minda bawah sedar (SCM). CM adalah ibarat kapten kapal manakala SCM adalah anak-anak kapal yang akan sentiasa bersedia patuh pada arahan ketuanya.

Apa sahaja setting program yang dimasukkan diterima tanpa dipersoalkan oleh minda bawah sedar. Tiga saluran yang berhubung ialah pendengaran, penglihatan dan hati(emosi) yang ketiga-tiganya adalah berpasang-pasang lahir dan batin. Pusat janakuasa adalah HATI.

Apa sahaja visualisasi, audio dan perasaan yang anda masukkan di dalam sanubari anda semuanya dianggap benar. Sebagai contoh jika anda menonton tayangan gambar . Walaupun ianya sebuah lakonan tetapi minda bawah sedar anda menganggap ianya benar. Jika cerita sedih anda ,tanpa disedari mengalirkan airmata dan begitu sebaliknya
Sebelum anda melakukan teknik ini anda perlu memulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat 7 kali. Sebut Allahhuu 7 kali.

Duduk bersila dalam keadaan selesa dan jika boleh tempat yang nyaman.

Cantumkan ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu di kedua dua tangan yang diletakkan di atas peha (tapak tangan hadap atas)
Sebelum itu setkan minda anda bahawa apabila anda ingin kembali sedar bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil memetik jari anda sebagai suis untuk anda sedar dalam keadaan normal.

Sekarang pejamkan kedua belah mata anda. Cuba kosongkan fikiran . Bayangkan anda merehatkan otot-otot bermula dari tapak kaki hingga ke hujung kepala. Bermakna anda tidak menguasai lagi otot-otot anda dan ianya berada dalam keadaaan santai dan rehat.latar pandangan anda PUTIH.

Tarik nafas panjang dan hembuskan berulang kali sehingga rasa amat relax.
Seterusnya lakukan nafas berentak iaitu 4 / 2 / 4 iaitu 4 detik tarik nafas. 2 detik tahan nafas dan 4 detik hembus nafas. Tarik melalui hidung dan hembus melalui mulut. Anda juga boleh lakukan 6 / 3 / 6 atau 8 / 4 / 8 . Bayangkan semasa anda menarik nafas anda menyedut getaran/ gelombang tenaga dari tenaga alam seperti tanah, tumbuhan, angin, cahaya dan air masuk ke dalam tubuh anda sehingga berada 2 inci di bawah pusat anda. Bayangkan dari pusat tersebut tenaga secara berpusat mengalir ke segenap tubuh badan anda. secara pancaran mentari,.

Apabila anda menghembuskan nafas, bayangkan segala kekotoran, penyakit, kegelisahan dan tenaga yang lemah serta sesuatu pengalaman yang menyakitkan perasaan anda keluar dari mulut anda. Lakukan berulang kali sehingga anda berada dalam keadaan sawai.
Selepas itu bilang dalam hati 100 hiingga 1,. Katakan pada diri semakin menurun nombor semakin anda berasa tenang. Sewaktu membilang dalam nombor menurun . jadikan penglihatan anda berada pada tengah-tengah alis mata anda seolah-olah mata anda hanya satu iaitu di tengah alis mata.

Hasilnya anda akan 'melihat' bulatan warna ungu yang besar dan bergerak ke hadapan semakin mengecil. Seolah olah anda lihat satu terowong (channel) . Ianya berputar-putar lawan jam.

Anda sekarang berada dalam laluan yang menghubungkan minda sedar dengan dunia minda bawah sedar.
Setelah anda berada di alam ini maka anda boleh setting peribadi mana yang anda inginkan
Sebagai latihan awal anda visualkan anda berada di satu tempat yang kering kontang. Apabila anda melalui kawasan itu tiba-tiba kawasan tersebut ditumbuhi rumput menghijau, pokok-pokok yang kering mulai berdaun dan mengeluarkan buah serta sungai yang kering dilimpahi air. Bunga-bunga mulai berkembang. Di mana sahaja anda lalui di situ kawasan akan subur.

Lihat visual permandangan tersebut dengan terang dan berwarna warni. Hidulah bau wangi rumput dan bunga-bungaan yang berkembang. Dengarkanlah arus sungai yang mengalir dan desiran angin sepoi-sepoi bahasa.

Rasailah perasaan yang amat hebat. Ketenangan, kedamaian dan kenikmatan ,kehebatan mennyelinapi sanubari anda alam ciptaan Tuhan. Anda akan merasai suatu perasaan , belaian alam yang sungguh menakjubkan. Sehinggakan anda berasa suatu perasaan bersyukur yang jauh bermakna kepada kehebatan dan kebesaran Allah.

Ingat! Jangan terlalu asyik sehingga anda tidak mahu 'pulang' . Bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil petik jari dan sedarlah pada mood normal. BUKA MATA ANDA. Anda akan merasai kesannya. SEGAR DAN TERAMAT SANTAI JIWA.




KAEDAH MENGGUNAKAN MINDA BAWAH SEDAR

Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, biasanya kita akan bermonolog atau berkata dengan diri sendiri. Apabila kita marah atau gembira atau sebagainya, seringkali kita berceloteh dengan diri sendiri, ramai orang mengaitkan dengan berkata di dalam hati. Sebenarnya kita berkomunikasi dengan minda bawah sedar kita. Sebab itu ramai orang menyarankan untuk sentiasa berfikiran positif, kerana jika kita berfikiran positif, perkara-perkara yang positif akan datang ke dalam hidup kita. Disebabkan minda bawah sedar kita ini akan membantu kita dalam mencapai apa jua yang kita ingini. Justeru itu, jika kita sering berfikiran negatif, apa yang kita akan capai adalah benda yang negatif jua.

Bermula dari sekarang, ubahlah cara kita berfikir, kerana ianya akan membantu kita mencapai lebih banyak perkara positif di dalam kehidupan. Gunakanlah minda bawah sedar kita ini dengan sebaik-baiknya, kerana ianya telah dibuktikan, kuasa minda bawah sedar kita ini adalah jauh lebih kuat dari minda sedar kita. Dalam suatu majlis budak-budak sekolah, satu demontrasi minda bawah sedar ini telah dilakukan, di mana 4 kerusi telah disusun, dan seorang pelajar di minta untuk berbaring di atas kerusi tersebut. Pelajar itu disuruh untuk fokus mengatakan beliau adalah papan dan batu. Setelah lebih kurang 5 minit, pelajar itu telah menjadi “papan dan batu”. 2 kerusi di tengah-tengah dialihkan dan badan pelajar tersebut tetap lurus tanpa bengkok walau sedikitpun, untuk menjadikan ujian tersebut lebih kukuh, seorang pelajar lain di minta untuk duduk di atas pelajar yang berbaring itu, tetapi hasilnya tetap sama, badan pelajar yang berbaring itu tetap lurus. Kemudian pelajar yang lain berjalan atas badan pelajar berbaring tersebut, masih sama keputusannya, tetap lurus.

Di sini kita dapat lihat bagaimana minda bawah sedar pelajar tersebut telah menjadikan badannya seolah-olah papan dan batu, keras dan rata sifatnya. Begitulah kekuasaannya yang perlu kita gunakan, jika kita ingin mencapai apa juga yang kita telah fikirkan, cubalah dari sekarang untuk menggunakan kuasa minda bawah sedar kita ini, kerana pasti ianya akan membantu kita dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut. Buanglah fikiran negatif dalam hidup kita, jika orang lain negatif, berilah nasihat, tetapi jika mereka enggan mendengar, usahlah kita teruskan fikiran negatif tersebut. Hindarkan diri dari orang sebegini dan carilah mereka yang berfikiran positif. Kita tidak mampu untuk mengubah cara orang lain berfikir, tetapi kita mampu untuk mengubah cara diri kita berfikir.



Menguasai Diri Sendiri Dan Fikiran Orang lain Dengan Teknik 'Minda Bawah Sedar.

Sebagai ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar anda sendiri.

"Teknik mengawal minda bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang baik,'' 
Bagi memanfaatkan minda ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Ia bukan sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada disekeliling apabila seseorang itu mengamalkan sikap ini.
Minda bawah sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan ditangkap dan disimpan. Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki.... contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang.

Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya, keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.

Insyaallah sesiapa sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia mesti dilakukan dengan"Caranya yang betul, serta mengikut syarat-syarat tertentu, seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran, sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan kepercayaan.
Adalah lebih baik jika ia dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan dan ebih elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana diri kita ketika itu masih bersih.

Ibu bapa yang menghadapi anak-anak bermasalah seperti tidak mendengar kata, malas belajar dan lasak boleh mengikut kaedah ini.

"Ia boleh dimulakan dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak.

"Bayangkan si anak betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan. "Kemudian buat saranan dengan mengatakan perlahan-lahan bahawa kita amat memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti dia betul-betul berada di hadapan,

" kawal minda bawah sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik, bahasa dan nada yang lembut dan jelas. Jangan sesekali meninggikan suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa berinteraksi,'' 

Teknik ini paling cepat kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang positif.

"Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki oleh ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap kepada yang lebih positif, Sesiapa sahaja boleh mempelajari teknik ini kerana kaedah seumpamanya ini tiada kaitan langsung dengan kuasa ghaib, hantu atau jin. Sebaliknya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang ada pada diri setiap orang.

"Kita sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk kerana apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara yang buruk terjadi, kerana apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna seseorang itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi.

Kejayaan mudah dicapai berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar. Ini kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan perasan pun yang anda sedang bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa yang agak lama,

Maka dengan menguasai minda di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin jadi atau hasratkan. Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri anda kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan yang menerima apa saja input secara berterusan. 
kaedah yang digunakan untuk menguasai minda di bawah sedar ialah dengan menggunakan dua cara, iaitu melalui pemerhatian dan kedua,penulisan.

Penulisan adalah kaedah terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku. Misalnya, anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi pekerja yang baik, mendapat markah lebih baik untuk pelajar, mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan sebagainya.

Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris menggunakan ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari. kerana melalui kaedah ini anda boleh melihat perubahan diri dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan kecil malah tidak mustahil keinginan anda menjadi realiti.
Setiap individu dibekalkan oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik menggunakannya. Apabila anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan kekuatan, insyaallah anda akan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain,



PENGUBATAN MELALUI AL-QURAN

Para ilmuwan berusaha untuk mencari getaran suara yang mempengaruhi saat mendengarnya sel-sel yang rusak dan mengembalikan keseimbangan padanya, proses pengujian dan experiment ilmu sedang berjalan hingga saat ini. Tetapi para ilmuwan Barat bergantung pada terapi musik dan suara alam dan frekuensi yang tetap dan inilah yang mereka lakukan. Lalu datang peranan pengobatan melalui Al-Qur'an dan doa-doa yang shahih, sebagaimana yang kita ketahui bahwa suara masuk ke dalam otak melalui telinga dan suara merupakan ungkapan dari getaran, dan ketika pesakit mendengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, maka getaran yang sampai pada otaknya dan memiliki perubahan positif pada sel, dan membuatnya bergetar dengan frekuensi getaran yang tepat sesuai dengan fitrah Allah (ciptaan Allah) Karena Al Qur'an memiliki ciri keharmonian yang unik yang tidak dari jenis yang tidak tersedia dalam kitab lain. Allah berfirman:


أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا

”Maka Apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya”. (An-Nisa: 82).

Oleh karena itu Al-Quran merupakan saranan pengobatan yang terbaik dan termudah untuk mengembalikan keseimbangan sel yang rusak, karena Allah Maha Kuasa yang menciptakan sel dan Dia pula yang menitipkan di dalamnya akan program yang sempurna ini, sebagaimana Dia juga tahu yang terbaiknya, dan ketika Allah menyatakan bahwa al-Quran adalah saranan penyembuhan

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”. (Al-Isra: 82).


Rawatan Getaran Tenaga Rohani Quantum Hikmah ialah sebuah terapi gelombang berlandaskan syarak dengan cara pembacaan ayat-ayat Al-Quran, Zikir dan doa-doa perlindungan yang bersumber dari Rasullullah SAW melalui hadis yang telah disepakati ulama tentang kesahihannya dan dilakukan oleh Pengamal Perubatan Islam dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau kepada orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata manusia dan jin, kerasukan, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, berbagai-bagai penyakit fizikal dan sebagainya ataupun dengan tujuan untuk perawatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu dari gangguan penyakit tersebut.

“Setiap penyakit ada ubatnya. Maka jika ubat yang ada sesuai dengan penyakitnya, akan sembuhlah penyakit itu dengan seizin Allah” (Riwayat Imam Muslim)

Jika Mengalami Masalah Kesihatan.. Lakukanlah Rawatan Secara Ruqyah Seperti Berikut;

Demam - baca surah Al ankabuut

Sakit kepala - baca 3 kali surah Al-Waqiah ayat 19

Penyakit jantung - Surah Ar-Ra'du ayat 28

Memberhentian darah luka - baca 3 kali Surah Al-lahab

Apa2 sahaja penyakit dalam perut - Surah Luqman

Gigitan binatang berbisa -baca 7 kali Surah As-syura ayat 130






RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.




PEMBUKA  KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI

" Jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya " 
(Al-Quran : Ibrahim ; 14:34)

Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang Sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan disini, yang digelar "Maqalad as-Samawi wal-Ard" yang bererti "Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi". Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit - mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan - faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja tetapi juga penyakit yang lain, seperti tersebut dalam hadith.


Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Afan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah langit dan bumi ( yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran), Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya : ” Kamu bertanya kepada saya , yang orang lain belum bertanya, kunci pembuka khazanah Langit dan Bumi itu adalah sebagai berikut:-

Lailaha illa llahu wa-llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdulillahi
Wastaghfirullah alladhi la illaha illa hu
Wal awwalu, wal-akhiru, waz-zahiru wal batinu
Yuhyi wa yumit Wa Hua Hayyun la yumutu
Bi-yadihil-khayr wa huwa ala kulli shay’in Qadir

Ertinya :

Tiada yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar,Maha Suci engkau segala puji bagi Allah. Aku mohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan dia. Dia yang awal, dia yang akhir, dia yang zahir,dia yang bathin, yang menghidupkan, yang mematikan. Dia yang hidup tanpa mati, padanya segala kebaikan dan ia berkuasa atas segala sesuatu.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda. ” Wahai Uthman ! – Barang siapa membacanya 100 kali sehari akan dikurnia 10 faedah:-

PERTAMA : Segala dosanya yang lalu akan diampun.

KEDUA : Terlepas dari siksaan neraka.

KETIGA : Dua orang Malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan.

KEEMPAT : Dia dikurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat.

KELIMA: Dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.

KEENAM : Dia diberi pahala seperti membaca seluruh al-Quran, Zabur, Taurat dan Injil.

KETUJUH : Sebuah rumah akan didirikan untuknya disyurga.

KELAPAN : Dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga.

KESEMBILAN : Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan.

KESEPULUH : Permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman !, kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari, kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu.







JURUS KHATAMUN NUBUWAH 

Amalkan setiap lepas isyak selama 11 hari berturut-turut...

Istighfar 1000x 
-Yaa Fattah 1000x 
-Yaa a'limul ghaibi wasysyahadah 1000x 
-Wirid khatamun nubuwah 1000x

Bila merawat pesakit gangguan jin, baca khatamun nubuwah 7x senafas. Kemudian sedut nafas melalui 
hidung dan lepaskan nafas melalui mulut.

Jurus pada dada (qolbu) pesakit dengan makrifat bebola
api, insya'Allah hantu pun akAn menjerit2 kesakitan dengan izin Allah swt...



SYAHADAH

Ilmu Syahadat Langit dapat dimanfaatkan untuk hal-hal sebagai berikut:

1. Benteng Badan Ghaib.
Setiap selesai sholat fardhu atau setiap malam bacalah “Laa ilaaha illallaah“ 11x dengan 1x menahan nafas. Ulangi semampu anda. Ini adalah selembut-lembut dan sedahsyat-dahsy atnya benteng dan senjata gaib. Semakin sering anda mengamalkan, insya Allah ilmu anda akan semakin sempurna. Apabila anda sanggup mendawamkan / membaca terus menerus, insya Allah akan banyak rahasia langit dan bumi yang dibukakan untuk anda.

2. Memagari Rumah Atau Memagari Orang.
Untuk memagari rumah, bacalah Do’a Nur Nubuwwah 1x. Kemudian berdo’a “Ya Allah, Hamba berniat menggunakan semuakekuatan gaib yang ada di dalam diri hamba. Hamba mohon dengan perantara air ini, lindungilah rumah / sawah / kebun … bin … ( nama dan nama bapak ) dari kejahatan kasar dan halus, amin“ Kemudiantiupkan 3x pada sebotol air. Gunakan air untuk menyiram sekeliling rumah. InsyaAllahakan terlindung dari kejahatan halus, pencuri, perampok dll. Bila ada yang berniatjahat maka ia akan bingung dan tidak dapatpulang. Namun jangan disakiti atau dizalimi. Berilah ia makan kalau ada kelebihan uang brilah uang dan tunjukkan jalan pulang. Ingat ! Tidak boleh disakiti melainkan disadarkan.
Untuk memagari orang caranya sama hanya tidak perlu menggunakan kata rumah dan alamat. Air digunakan untuk minum dan mandi.


3. Melancarkan Rezeki, Meraih Kekayaan, Kebutuhan Duniawi & Melunasi Hutang.
Dirikanlah sholat sunat fajar 2 raka’at sebelum sholat subuh. Amalkanlah “Subhanallahi wabihamdi subhanaallahil ‘adzimim astaqfirullah“ 100x. Insya Allah semua kebutuhan duniawi kita akan terpenuhi. Amalan ini telah dibuktikan oleh para sahabat pada zaman Rosulullah SAW.
Bila ingin cepat memperoleh keberhasilan, dirikanlah sholat tahajut sekitar jam 02:00.Wiridkanl ah amalan di atas terus menerus sanpai tiba sholat sunat fajar. Dirikan sholat sunat fajar dan amalkan kembali 100x. InsyaAllah kita akan melihat berhasilnya.
Dengan kemurahan Allah, bila kita sabar dan istiqomah mengamalkannya, kita yangmiskin akan berlimpah harta, kita yang sempit rezeki akan dilapangkan, dan kita yang terbelit hutang akan diberi jalan untuk melunasi.

4. Menyerap Energi Metafisis.
Untuk menambah daya bathin yang kiata miliki agar semakin besar, maka kita dapat melakukan penyerapan energi tambahan metafiss dari alam, misalnya dari air, matahari, bumi, awan, bintang. Cara ini pundapat digunakan untuk menyerap energi positif, energi gaib atau mengosongkan energi lawan.








BAGAIMANA MENTAFSIR MIMPI

Mimpi terbahagi kepada dua jenis secara khususnya iaitu:
1) Mimpi yang mengandungi alamat (tekandung maksud tesirat)
2) Mimpi yang tiada alamat (mimpi yang sia-sia)

Mimpi yang ada alamat  dapat kita perolehi dengan melaksanakan kaedah yang benar mengikut prinsip ahli ilmu hikmah, iaitu dengan melakukan :
1) Sebelum tido mesti beruduk 
2) Membaca al-fatihah
3) Surah al-ikhlas
4) Surah falaq
5) Surah nas ( qul a’uudzu birabbinnas)
6) Kemudian menbaca doa:
“ Subhanallah walhamdulillah wala ila haillallah wallahuakbar walahaulawala quwwataillah billahilaliyil azim”
7) Di sambung dengan membaca selawat iaitu:
“ Allahumma solli ala saidina Muhammad Aala alihi wasohbihi wasallam”
8) Kemudian membaca doa ini:
“ Allahummagfirli zunubi waliwalidaiya warhamhuma kamarabbayana soghiro,walijami il muslimina walmuslimat, walmukminatiwalmukminat,al ahya I minhum walamwat”
(dibaca doa ini 7 kali)
Maksudnya: Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku,dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku seaktu kecilku,dan ampunkan lah dosa-dosa seluruh umat islam lelaki dan perempuan samaada yang masih idup ataupun yang telah meninggal dunia”.

Manakala mimpi yang tiada alamat adalah mimpi:
1) Mimpi yang sebelumnya dimulai dengan angan-angan kosong .
2) Mimpi disiang hari
3) Mimpi di dalam keadaan berhadas besar
4) Mimpi yang diterima oleh manusia yang bersifat zalim.

mimpi 'Alamat' dan ertinya
1) Bertemu dengan nabi Muhammad s.a.w Memperolehi kemuliaan di dunia dan akhirat
2) Bertemu dengan nabi adam a.s atau nabi lainnya atau bermimpi melihat arasy.kursi ataupun bidadari Bertambah kebajikan,kemuliaan atau cita-citanya tercapai
3) Melihat neraka Banyak dosa atau akan ditimpa fitnah
4) Melihat shirathal mustakim Yang di rancangnya akan berhasil
5) Melihat lauh mahfudz Akan menjadi ahli qira-ah,jika menghafal al-quran akan mudah
6) Bertemu dengan para sahabat nabi Akan menjadi ulama dan jika ia menuntut ilmu akan mudah tercapai dan kuasai
7) Melihat hari kiamat Terhindar dari mara bahaya
8) Naik keangkasa Memperolehi kegembiraan atau bertambah rezeki
9)  Melihat matahari atau bulan sujud hormat padanya Dapat pekerjaan,anak yang baik dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat
10) Bermimpi melihat matahari atau bintang turun ke rumahnya Memperolehi kebagusan.(jika yang bermimpi itu adalah seorang wanita maka bermaksud ia akan dilamar orang huhuhu)
11) Tidak mempunyai anak Akan mendapat anak dan akan bahagi didunia dan diakhirat.
12) Melihat matahari kembar Akan terjadi musuh dalam selimut bak pepatah melayu lama….arapkan pagar,pagar plak makan padi 
13) Melihat bintang dirumahnya Mendapat anak,kekayaan dan di saynagi ramai orang
14) Mimpi badan diseluputi mega putih Mengumpulkan banyak harta
15) Mendengar petir Mendapat mara bahaya
16) Melihat hujan deras atau angin ribut Kedatangan musuh atau lawan
17) Melihat angin puyuh berputar Sembuh akan penyakitnya
18) Melihat ribut besar melanda Kedatangan bala,akibat perkataan sendiri,namun dapatv dihindari dengan sedekah serta doa
19) Melihat hujan batu Mendapat rezeki yang halal
20) mandi Bebas dengan mara bahaya,selamat dunia dan akhirat
21) minum air sungai Mendapat ilmu
22) berenang di dalm sungai Gagal perancangannya
23) meloncat di sungai besar Dekat ajalnya
24) terkena atau jatuh kedalam najis Alamat bertemu dengan orang yang nakal
25) bercakap dengan orang yang telah mati Sia-sia pekerjaannya
26) minum arak ataupun yang memabukkan Dapat harta yang syubahat,belum jelas haram halalnya
27) gigi atasa tanggal atau tercabut Isteri atau teman meninggal
28) melihat anak kecil Akan berkahwin
29)
 lelaki lebih banyak daripada wanita Alamat dinegeri terbabit akan menerima nasib betuah
30) Tangan keduanya terputus Akan mendapat kecelakaan
31) Kaki putus Akan bercerai
32) Mimpi digigit ular Akan dizalimi
33) Digigit haiwan Akan dikasihi
34) Mimpi melihat buaya Akan dikhianati musuh
35) Mimpi membuang air besar Mendapat kerugian
36) Melihat khinzir (babi) Akan melakukan dosa
37) Melihat gerhana matahari Ditimpa kecekelakaan
38) Mimpi keluar dari hutan Akan kehilangan sesuatu
39) Membunuh gajah Mendapat kemuliaan dari Allah s.w.t
40) Melihat gunung berapi Akan di sayangi orang atasan.


TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”  Surah As Sajadah-11 

Insya'Allah , sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...




AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua.
• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
• Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Allah SWT sahaja yang menentukannya.


PERHATIAN

Semua Amalan Di Dalam Halaman ini Haruslah Mendapat Ijazahnya Dari Mahaguru Samson Dengan Menghadiri Bengel Metafizik atau mengikuti Syarat dengan Menghubungi Kami.