Saturday, June 15, 2013

MENGENAL DIRI MANUSIA


Manusia merupakan sebaik-baik kejadian makhluk ciptaan Allah Taala yang mempunyai 3 elemen penting iaitu Jasad/ Fizikal, Akal/Minda dan Hati/Jiwa/Ruh. ALLah Taala mencipta manusia dengan IlmuNya yang Maha Sempurna. Ertinya ALLah Taala itu Ujud hakikinya tersendiri. Maka Dia mencipta manusia sesuai dengan kaedah supaya manusia dapat mengenaliNya sesuai dengan Kemuliaan ZatNya. Oleh itu terciptalah manusia dengan jasad, akal, hati, dan alam maya. 

Manusia terdiri daripada zahir dan batin. Maksudnya Jasad adalah tempat tilik mengenal sifat ALLah Taala dan Akal berkaitan dengan alam maya iaitu alam tempat tilik akal untuk mengenal Kekuasaan ALLah Taala. Sementara hati pula tempat merasakan hadirnya ALLah Taala. Maka inilah cara bersistematik bagi Muslim untuk mengenal ALLah Taala. 

Jika Tuhan hanya dirasa, apakah Tuhan itu hakikatnya? Jika Tuhan hanya difikir, tiadalah tawadu’ hamba itu. Maka jelas dzahir dan bathin adalah umpama isi dan kuku, saling berkaitan dan memerlukan.


JASAD/FIZIKAL

Jasad atau Fizikal manusia mempunyai lima (5) pancaindera zahir yang berfungsi sebagai alat untuk manusia berkomunikasi dengan pesekitaran dalam alam maya

1. Telinga untuk mendengar
2. Mata untuk melihat
3. Hidung untuk mencium bau
4. Lidah untuk merasa
5. Kulit untuk sentuhan

AKAL/MINDA

Otak manusia terdiri dari dua (2) belahan iaitu Otak Kiri (Minda Sedar) dan Otak Kanan (Minda Bawah Sedar) yang mempunyai potensi kekuatan yang berlainan. Otak kiri berkaitan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan berbicara, kemampuan mengolah tata bahasa, baca tulis, daya ingat (nama, waktu dan peristiwa), logik, angka, analisis, dan lain-lain. Sementara otak kanan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, khayalan, warna, pengenalan diri dan orang lain, sosialisasi, pengembangan kepribadian.




Para ahli metafizik banyak yang mengatakan otak kiri sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), sementara otak kanan memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient) seseorang.






OTAK KIRI 

BAHASA NOMBOR 
LOGIK 
ANALISIS 

OTAK KANAN

IMEJ
WARNA
RITMA
KHAYALAN



Penyelidikan yang dijalankan saintis menunjukkan bahawa Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang agak berbeza. Untuk memahami fungsi otak kita huraikan sebagai berikut:






Potensi Otak Kiri (Minda Sedar)

Fungsi otak kiri pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa, formula matematik, logik (mantik, taakulan), nombor, sekwens, lineariti, analisis, senikata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar ‘otak sains’.
Otak kiri – ANALITIK — Bahasa verbal, Matematika, Logika, Angka2, Urutan2, Penilaian, Analisis, Linier

Potensi Otak Kanan (Minda Bawah Sedar)

Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang masih belum konkrit, masih kabur-kabur. Tergolong dalam medan fungsi otak kanan ialah dalam aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar ‘otak seni’.
Otak kanan — KREATIF — Bentuk, Intuisi, Lagu &musik, Warna warni, Simbol, Gambar, Imajinasi, Menghayal

Dominan Otak Kiri   

Menggunakan logika
Berorientasi detail
Melihat fakta
Kata-kata dan bahasa
Hari ini dan masa lalu
Matematika dan ilmu pengetahuan
Mengetahui
Mengakui
Mempersepsi urutan/pola
Mengetahi nama objek
Berdasar pada realita
Menyusun strategi
Praktis
Bermain aman

                                                                                                                                                  Dominan Otak Kanan

Menggunakan perasaan
Berorientasi secara keseluruhan
Melihat imajinasi
Simbol dan gambaran
Hari ini dan masa depan
Filosofi dan religi
Memahami
Mempercayai
Mengapresiasi
Mempersepsi secara spasial/ruang
Mengetahui kegunaan objek
Berdasar pada fantasi
Berdasar pada apa yang terjadi
Terburu-buru/tidak sabar
Mengambil resiko
Manusia mampu mempertingkatkan Potensi Akal/Minda ini sepenuhnya dengan cara menseimbangkan kekuatan otak kiri dan otak kanan. Manusia dapat memberikan saranan positif melalui otak kiri (minda sedar) ke dalam otak kanan (minda bawah sedar) agar dapat mengaktifkan kekuatan batin yang dikenali sebagai ‘INDERA KEENAM’

Allah swt berfirman; Allah menganugerahkan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Sesiapa yang dianugerahkan hikmah maka dia benar-benar telah dianugerahkan kurniaan yang banyak. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah.)
(surah al-Baqarah ayat 269)


HATI/JIWA/RUH

Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini. 

Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi. Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,

Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri. Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)


Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan (zikir) Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya. Firman Allah swt: “….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.” (ar-Ra’d:28)



Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.

Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16) 

Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment