Sunday, June 16, 2013

TAFAKUR MENCARI KEREDHAN TUHAN




Berfikir atau tafakur amatlah dituntut dalam Islam kerana ia merupakan amalan yang mampu untuk meningkatkan IMAN kita kepada Allah kerana memikirkan analogi sesuatu kejadian adalah dituntut seperti mana Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun”

Manusia adalah makhluk sebaik-baik kejadian dengan keistimewaan akal yang diberikan Tuhan, maka janganlah kita persiakan dengan mencemari fikiran kita dengan perkara yang tidak elok. Kita mampu untuk bertafakur sebelum melakukan sesuatu dengan cara membezakan antara buruk dan baik sesuatu kejadian.

Hanya dengan cara itu Allah akan tunjukkan jalan yang BENAR untuk kita yang akan membuahkan sesuatu tindakan yang rasional.

Pesan orang-orang tua berfikir dulu sebelum bertindak itu memang ada betulnya, yang silapnya adalah kita yang terus menerjah tanpa akal. Apa kata selepas solat kita praktikkan dengan muhasabah diri hanya dalam seminit saja.

Muhasabah diri dengan memikirkan apa yang telah kita lakukan sebelum solat, dosa-dosa yang kita telah lakukan dan memikirkan tentang azab seksaan Allah serta membayangkan ganjaran yang akan diperolehi jika kita patuh pada-Nya.

Insya'Allah, dengan itu kita akan mendapat Keredhaan Tuhan.

No comments:

Post a Comment