Friday, June 21, 2013

KELEBIHAN SEDEKAH



Rasulullah SAW telah bersabda "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang itu akan dibalas dengan 4 jenis pembalasan iaitu ; 

1 sedekah yang dibalas dengan 10x ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin

1 sedekah yang dibalas dengan 70x ganda adalh sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara

1 sedekah yang dibalas dengan 700x ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat & teman-teman

1 sedekah yang dibalas dengan 1000x ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.

Sunday, June 16, 2013



Sesungguhnya mencari kesalahan, mengaibkan orang, mendengar cerita (mengumpat), menunjukkan kekuatan (kuasa), dengki-mendengki, membenci sesama Islam, bermusuh-musuhan adalah perbuatan yang dilarang di dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati, janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di antara satu sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara.(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

DOA YANG MUSTAJAB



Kita minta supaya malam ini hujan turun dengan lebatnya agar bertambah hebat dan mustajabnya doa kita.....

Jangan lupa 3 perkara pada hari Jumaat...

● Kakasihmu Rasulullah sedang menunggu selawat dari dirimu untuk baginda

● Kubur yang gelap sedang menunggu cahaya nur dengan bacaan surah al-khafi darimu

● Waktu mustajab sedang menunggu hamba Allah Yang Berdoa, jadi jangan sia2kannya.

SUNNAH PADA HARI RABU



Sunnah ini belum diketahui oleh kebanyakan kaum muslimin, yaitu dikabulkannya doa diantara shalat Zhuhur dan 'Ashar di hari Rabu. Ini diceritakan oleh Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anh u:

أن النبي صلى الله عليه وسلم دعا في مسجد الفتح ثلاثا يوم الاثنين، ويوم الثلاثاء، ويوم الأربعاء، فاستُجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين فعُرِفَ البِشْرُ في وجهه قال جابر: فلم ينزل بي أمر مهمٌّ غليظ إِلاّ توخَّيْتُ تلك الساعة فأدعو فيها فأعرف الإجابة

“Nabi shallallahu ‘alahi Wasallam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, yaitu hari Senin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu diantara dua shalat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau".


Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa, dan saya mendapati dikabulkannya doa saya‘”

Dalam riwayat lain:

فاستجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين الظهر والعصر

“Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu diantara shalat Zhuhur dan Ashar” (HR. Ahmad, no. 14603, Al Haitsami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, berkata: “Semua perawinya tsiqah”, juga dishahihkan Al Albani di Shahih At Targhib, 1185)

PETUA IMAM SYAFIE





Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat




Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

WASIAT AKHIR IMAM SYAFIE



Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

40 WASIAT SAIDINA ALI R.A



"Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali .a sebagaimana yang terdapatdi dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen .a. 

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda 

2.Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran 

3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging 

4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin 

5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu 

6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah 

7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil 

8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan 

9.Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangkan ilmu menjaga kamu 

10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang 

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam 

12.Mengajar adalah belajar 

13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin 

14.Insan terbahagi kepada 3 : 

i) mereka yang mengenal Allah 
ii) mereka yang mencari kebenaran 
iii) mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing 

15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah 

16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain 

18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya 

19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati 

20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran,nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu. 

21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas 

22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya 

23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta 

24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya 

25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya 

26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat 

27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran 

28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba 

29.Orang yang dengki, marah kepada orang tidak berdosa 

30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan 

31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan 

32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat 

33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar 

34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan 

35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah 

36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya 

37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2 

38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan 

39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya 

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.