Saturday, June 15, 2013

MENGENAL ALAM MANUSIA




SIAPAKAH ‘AKU’ SEBENARNYA?

Dalam ilmu tarekat tasauf, persoalan "siapakah aku" adalah perkara yang wajib dikaji dan dibahaskan..didalam usaha memburu makrifatullah yang sebenarnya...dengan makrifatullah yang sebenarnya itulah baru lah kita mampu merasai kemanisan iman didalam lubuk hati...

Menurut ilmu usulluddin, perkara yang dibahaskan adalah hanya berkaitan mengenali sifat bagi Zat Allah s.w.t sahaja tanpa membicarakan bagaimanakah cara bagi mendapatkan dan merasai keimanan dilubuk hati...rasa keimanan didalam lubuk hati inilah yang dikenali sebagai perasaan (Dzauq), iaitu perasaan rindu,takut,mengharap dan mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta..

‘Dzauq’ inilah yang menjadi inti tujuan ibadah untuk mencapai hakikat "IHSAN"...dan khusyuk didalam solat... 

Didalam ilmu tarekat tasauf bimbingan dari guru yang muryid akan membimbing para muridnya untuk menyucikan hati dari kekotoran nafsu hubbun dunia (mencintai dunia), nafsu syaithon dan nafsu kebinatangan...dengan pemberian talqin, zikir dan wirid tertentu yang mempunyai salsilah yang benar dari rantaian nur Muhammad s.a.w...

selain itu para murid juga akan didedahkan dengan kajian ilmu hakikat insan,iaitu suatu ilmu yang tinggi nilainya..pecahan bidang ilmu ini jugak sebenarnya dimanfaatkan oleh para nenek moyang kita dulu didalam menghasilkan suatu kaedah ilmu perubatan alternatif bagi mengatasi masalah gangguan mahkluk halus atau penyakit fizikil dari yang kronik hinggalah ke demam biasa... zaman dulukan mana ada ubat-ubat kimia macam skarang...tapi jangan pandang rendah dengan method lama ni... berbalik pada persolan siapakah aku?...ia merujuk kepada bagaimana kita mau mengenal diri kita sendi persoalannya...mengenal diri ni...adakah ia merujuk kepada diri kita yang zahir nie ke?
Jawapannya: tidak,untuk mencapai makrifah kepada Allah s.w.t, kita wajib mengenal diri kita yang batin,ia merujuk kepada ruh kita, dalam tasauf mengelarkannya sebagai "Diri sebenar-benar diri". sebagaimana sabda Rasullullah maksudnya: "barang siapa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya".


secara sederhananya diri manusia dapat dibahagikan kepada empat (4 ) pecahan iaitu...:
1. diri terdiri merujuk kepada jasad zahir kita, jugak dikenali sebagai A'yan Khorojiyyah...diri kita yang zahir ini terdiri dari 4 elemen iaitu api,angin,air,tanah.
2. diri terperi, merujuk kepada semangat or nafsu jugak dikenali sebagai Ruh Thomaiz.
3. diri sebenar-benarnya diri, iaitu ruh, juga dikenali sebagai a'yan sthabitah.
4. diri seakmalnya diri, iaitu merujuk kepada sifat Allah s.w.t iaitu Sifat Wujud Am..

No comments:

Post a Comment