Sunday, June 16, 2013



Hadis Al-Bara' bin Aazib r.a katanya:

Aku telah sembahyang bersama Nabi s.a.w menghadap ke Baitulmuqaddis selama enam belas bulan sehinggalah diturunkan ayat yang terdapat dalam surah Al-Baqarah:

وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ 
Yang bermaksud: Dan di mana saja kamu berada, maka palingkanlah mukamu ke arahnya.

Ayat tersebut diturunkan selepas Nabi s.a.w mendirikan sembahyang. Setelah itu seorang lelaki dari satu kaum berjalan-jalan dan secara kebetulan dia mendapati beberapa orang dari kaum Ansar masih lagi sembahyang dengan menghadap ke arah Baitulmuqaddis. 

Lalu dia menceritakan tentang ayat tersebut, lantas mereka memalingkan muka  mereka ke arah Kaabah.

No comments:

Post a Comment