Sunday, June 16, 2013

BUNYI ADALAH TENAGA YANG MENYAMAI ZAT TANAH


Hakikat tubuh yang akan hancur dan reput di dalam tanah adalah hukum dan peraturan alam semula jadi yang membentukkan asal kejadian kita, atau sebagai tanda ini adalah bukti rahsia mengenal diri dan ilmu yang mendalam tentang hakikat hidup yang sebenar.

Ilmu cahaya yang akhirnya bertukar menjadi satu bunyi yang merapatkan hubungan diri dengan alam dan sifat Maha Pencipta. Gelombang bunyi yang paling halus dan telus adalah suatu zat ilmu mengenal diri dan Maha Pencipta yang memudahkan kematian.

Dengan erti kata lain apa sahaja interaksi deria yang dapat anda lihat, rasai, sentuh dan bau, sebenarnya adalah ilmu. Ilmu itulah punca penawar segala penyakit bagi mereka yang mengetahuinya dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW sebagai panduan asas di atas segala zat bunyi yang sebenarnya bermula daripada rahsia segala rahsia zat-Nya.


Andai kata tubuh terdedah pada sinaran cahaya yang mempunyai zat bunyi yang tidak sesuai seperti sinar gamma, x-ray dan sebagainya pasti tubuh atau mayat akan cepat reput terlebih dahulu sebelum sempat dikebumikan.



Elakkan lah diri anda daripada gema bunyi yang tidak bersesuaian dan melampaui batas kemampuan deria bunyi semula jadi sistem organisma kita.

Itulah kesan radiasi daripada sinar x-ray atau pancaran gamma yang sebenarnya mempunyai gelombang bunyi yang tidak bersesuaian untuk sel-sel organisma manusia. 

Jika keadaan ini berlaku dan apabila kita sudah dicemari, kaedah semula jadi yang amat membantu adalah dengan mandian ais diikuti dengan kesatuan garam (halus dan kasar), kapur sirih dan sedikit tanah liat yang berfrekuansi gelombang rendah serta menyimpan rahsia gelomang bunyi yang bersesuaian dengan sel-sel organisma yang dapat memutuskan aliran radiasi yang mencemarkan. 


Segala zat Maha Penciptaan mempunyai suatu keseimbangan alam yang dinamakan Rahsia Hukum Pertimbangan Sunnah.

No comments:

Post a Comment